LARA hatinya bagaikan tidak berpenghujung apabila pelakon jelita, Rita Rudaini sekali lagi menerima tempias kontroversi. Hatinya terluka, jiwanya terseksa tatkala dirinya tidak sudah-sudah ditimpa fitnah, malah khabar angin yang mengatakan rumah tangganya kini berantakan dan suami punya hubungan dengan wanita lain cukup keterlaluan untuk ditelan.
Laut mana tidak bergelora, bumi mana ditimpa hujan. Biarpun bergelombang kehidupannya, Rita tetap bahagia hidup bersama suami tercinta, Aidil Zafuan Abdul Razak, 23, malah kehadiran cahaya mata comel, Airit Rayyan Rizqin, yang kini berusia setahun, bagaikan melengkapi bahtera rumah tangga mereka. Bagaimanapun, Rita menegaskan rumah tangga yang dibina atas dasar cinta sejak dua tahun lalu tidak pernah tergugat, jauh sekali bergolak seperti yang dikibarkan biarpun ada kalanya mereka terpaksa berdepan dengan gelombang dan angin lintang yang menyesakkan.
Masih jelita seperti dulu, Rita akui: "Kami bahagia, tidak sedikitpun hubungan saya dengan suami tergugat biarpun timbul desas-desus yang menyakitkan. Saya percaya pada suami, malah saya lebih mengenali sikap dan keperibadian suami berbanding orang luar.
"Saya akui masih ada yang tidak menyenangi kami, malah ada sesetengahnya lebih suka melihat kehancuran daripada mendoakan kebahagiaan kami. Cukuplah apa yang dilalui dulu, saya dan suami sudah terlalu terseksa. Aidil sedih apabila dilemparkan tuduhan yang keterlaluan. Air muka dan maruahnya seolah-olah jadi permainan.
"Lebih perit, apabila ada yang menyindirnya ‘kaki perempuan' sedangkan Aidil Zafuan yang saya kenali lebih suka tidur dan lepak di rumah, jauh sekali keluar malam jika tidak terikat dengan perlawanan atau latihan.
“Jujurnya, saya tidak terasa apabila suami dituduh punya wanita lain kerana Aidil sentiasa berada di depan mata, malah jika tiada kerja, suami dan anak menjadi peneman setia saya di lokasi penggambaran.
"Cuma suami saya masih belum biasa dengan tempias gosip keterlaluan ini. Dia masih muda dan mudah tersentuh dengan perkara yang mengaibkan, sebaliknya saya pula sudah semakin lali dengan fitnah dan tuduhan tidak berasas. Cuma saya agak terkejut apabila dikatakan tidak lagi tinggal sebumbung dengan suami, sedangkan hidup kami bahagia.
"Apabila ada yang melihat Aidil tidur di asrama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), ada rakannya menyindir, patutlah selalu duduk di asrama, rupa-rupanya rumah tangga dilanda badai. Sedangkan ketika itu, saya pulang ke kampung menjenguk Rayyan yang ditinggalkan bersama ibu. Sebenarnya, Aidil seorang yang penakut, jadi apabila saya tiada, dia lebih selesa tidur di asrama.
"Kini, saya tiada masalah lagi kerana Rayyan sudah tinggal bersama saya dan punya pembantu rumah. Saya akan mengusung Rayyan ke mana saja pergi walaupun ke lokasi penggambaran kerana tidak mampu berjauhan dengannya.
“Alhamdullilah, Rayyan seolah-olah faham tugasan ibunya, dia tidak pernah meragam atau buat hal di lokasi penggambaran biarpun terpaksa menunggu saya sehari suntuk."
Anak kelahiran Kangar, Perlis itu berkata, dia bersyukur walaupun berstatus isteri dan ibu, rezekinya tetap melimpah ruah. Malah sejak kembali aktif berlakon selepas bersalin dan berpantang, dia belum sempat berehat panjang.
"Sebenarnya dalam tempoh berpantang lagi tawaran kerja sudah banyak diterima, tetapi saya terpaksa menolaknya. Saya hanya kembali ke lokasi penggambaran selepas Rayyan berusia enam bulan. Saya akui agak kaku berdepan kamera apabila lebih setahun tidak berlakon, tetapi perasaan ingin kembali bekerja sentiasa membuak-buak ketika saya mengandung lagi,” katanya.
Nafi jual mahal
RITA mengakui ketika ini kesibukan menjadi pelakon tidak lagi mengganggu dirinya seperti mana zaman anak dara kerana beliau sering mengambil masa yang banyak untuk berehat dan bersama anak di rumah.
“Dulu, saya sering sibuk dan berlakon tanpa henti, tetapi kini tidak lagi. Saya akan minta berehat seminggu dua jika habis penggambaran. Alhamdullilah, ada produksi yang sanggup menunggu. Bukan saya jual mahal atau mahu mengurangkan aktiviti dalam lakonan, tetapi saya sudah bersuami dan punya anak. Saya tidak mahu Rayyan dibesarkan di tangan pembantu rumah.
"Suami memang sentiasa sibuk, ada kalanya berada di luar negara dalam tempoh yang panjang. Jadi, saya menggalas tugas mendidik Rayyan. Saya akui perkahwinan banyak menukar rutin kehidupan saya. Dulu hidup saya hanya di lokasi penggambaran, tetapi kini, saya mahu cepat pulang ke rumah.
"Lagi pun selepas berkahwin, saya gemar memasak untuk suami dan anak. Suami pula hanya mahu merasai masakan air tangan saya jika punya masa di rumah. Saya kasihan padanya, apabila pulang dia akan mencari makanan di dapur. Sesibuk mana sekalipun, saya tetap masak untuk suami sebelum keluar bekerja. Aidil tidak cerewet, masaklah apa saja dia akan makan dengan berselera," katanya yang kini sibuk dengan penggambaran telemovie Pengantin Untuk Dijual arahan Feroz Abdul Kadir dan Shahida terbitan Global Station Sdn Bhd untuk siaran Astro.
Menyentuh soal popularitinya yang dilihat semakin suram, Rita berkata, hidup bagaikan roda, ada ketika di atas, ada kalanya di bawah. Bagaimanapun, dirinya bersyukur penerimaan peminat masih sama dan tidak pernah berubah.
Bekas Dewi Remaja 1999 itu mengakui: "Saya akui sudah agak lama tidak menghiasi kaca TV dengan drama dan telemovie terbaru, tetapi masih ada drama lakonan saya diulang semula. Saya tidak melihat populariti semakin menurun kerana saya tidak menang tangan menerima tawaran berlakon hingga hari ini. Ia sekali gus membuktikan saya masih diterima peminat.
"Bagaimanapun, saya tidak nafikan jarang keluar akhbar dan majalah. Saya punya prinsip tidak akan menerima undangan sesi fotografi jika tiada cerita terbaru. Saya tidak mahu cerita peribadi yang sering jadi tatapan. Lagipun, kesibukan kerja dan mengurus rumah tangga menyebabkan saya tiada ruang untuk menerima permintaan wartawan. Saya minta maaf, saya bukannya sombong atau lupa diri tetapi saya tiada masa."
Info Rita
NAMA: Rita Rudaini Mokhtar
UMUR: 34 Tahun
ASAL: Kangar, Perlis
TARIKH LAHIR: 11 April 1976
BINTANG: Aries
KELUARGA: Anak kedua daripada tiga beradik
KERJAYA: Pelakon dan model
SUAMI: Aidil Zafuan Abd Radzak, 23
ANAK: Airit Rayyan Rizqin, 1
FILEM: Mendam Berahi, Mistik, Mami Jarum, Mami Jarum Junior, Cinta
DRAMA/TELEFILEM: Cinta Gila, Rahsia Hati, Tangisan Bulan Madu, Dulang Wan Cu, Kabus Dan Sinar, Teksi, G3, Delina, Skuad Elite, Kutub Utara Kutub Selatan, Rafflesia 1 dan II, Biar Kusentuh Cintamu, Norisha Mama Rock, Jalan Ke Pintas Neraka, Tiupan Sangkakala & Pengantin Untuk Dijual
google: rita rudaini, rita rudaini facebook, rita rudaini twitter, rita rudaini myspace, rita rudaini bercerai, rita rudaini, rita rudaini kahwin, rita rudaini dan suami, rita rudaini dan anak, rita rudaini 2010, rita rudaini wiki, rita rudaini biodata, rita rudaini biography, rita rudaini seksi, rita rudaini hot, rita rudaini aidil zafuan, perkahwinan rita rudaini dan aidil zafuan, gosip rita rudaini, gambar terkini rita rudaini, gambar terbaru rita rudaini


0 comments:
Post a Comment