Kalau berkawan baik dengan wanita berumur dipanggil anak ikan. Kalau rapat yang muda dikatakan kaki perempuan. Lebih teruk, kalau berkawan pula dengan kaum sejenis tak kira tua atau muda dikatakan ‘songsang’.
Begitulah nasib golongan artis lelaki yang sinonim dengan wajah lembut, sedap mata memandang dan berkulit mulus. Tidak terkecuali yang mula terkena tempias ialah hero filem pendek Chukang, Azam Pitt.
Gosip mula bertiup apabila anak kelahiran Kuching, Sarawak itu dikatakan ‘berpasangan’ dengan seorang lelaki, yang juga seorang pelakon. Wajah pelakon lelaki itu pun apa kurangnya. Mukanya yang semanis gula itu sering kelihatan di kaca televisyen walaupun berkulit sawo matang.
Belum habis cerita ‘teman tapi mesra’ itu, muncul pula satu lagi gosip apabila jejaka berusia 24 tahun itu dikatakan dibela seorang lelaki berusia awal 40an dan diberikan sebuah kereta serta wang bulanan.
Saat ditanya semua gosip itu, Azam Pitt mengucap panjang namun tenang memberi penjelasan kepada wartawan ARIF NIZAM ABDULLAH. Bekas peserta program realiti, MyStar LG tahun lalu turut menjawab hubungan dinginnya dengan pengarah Chukang, Suhaimi Lua apabila dia kini sudah tidak lagi diuruskan pengarah tersebut.
google: azam pitt, azam pitt facebook, azam pitt blog, azam pitt twitter, azam pitt myspace, azam pitt seksi, azam pitt hot, azam pitt 2010, azam pitt profile, azam pitt biodata, azam pitt wiki, filem azam pitt, drama azam pitt, azam pitt skandal, azam pitt kontroversi, azam pitt dan teman lelaki, azam pitt fitnah, azam pitt gay, azam pitt pasangan, azam pitt berpelukan, azam pitt sosial, azam pitt parti,



0 comments:
Post a Comment